Thursday, 11 October 2012

MENGELAKKAN DARI GANGGUAN JIN





Kaedah untuk mengelakkan diri daripada gangguan jin

~Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi s.a.w.
~Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
~Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat gelap.
~Jangan menyakiti binatang tanpa sebab seperti anjing dan kucing.
~Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa maka berwuduk dan 
bacalah doa.
~Jangan membuang air merata-rata tempat terutama di lubang- 
lubang.
~Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk ke 
dalam rumah.

Teka-Teki Imam Al-Ghazali


Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Oleh : Mohd Ridzwan Ariffin

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”

Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat””

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”

Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”

Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”

Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.

Hikmah Berdiam Diri


Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa kebaikan kepada kita. Jika bicara kita tak mengikut adabnya, maka kita akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh orang lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya, digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
6. Menutupi segala aib.

Hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya."

Riwayat Abu Naim:
"Barangsiapa yang beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam."

Riwayat Bukhari dan Muslim:
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya."

Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak cakap tak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap

Doa-doa


Doa supaya terhindar daripada sifat-sifat keji


Doa mohon keampunan dan kesayangan


Doa' mohon ditetapkan pendirian


Ayat penunduk sihir

Petua Islam Ketika Hati Rasa Berserabut




Petua Islam Ketika Hati Rasa Berserabut

Kebiasaannya apabila kita apabila ditimpa masalah atau mengalami tekanan perasaan, kita akan bersa serba tidak kena. Ada saja yang tidak sedap pada pandangan mata kita. Apa saja yang buat rasa tidak 
puas hati. Itu tandanya hati kita berserabut. Untuk hilangkan serabut di hati dan supaya pembaca sekalian ceria semula, jom ikuti petua islam di bawah ketika hati rasa berserabut. InysaAllah, lepas ini rasa serabut itu dapat dikurangkan.




1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.


2. Ambil Wudhuk

Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.





3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.


4. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.



5. Cukup Rehat dan Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.


6. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.

Hadis Rasulullah,


USTAZ SHARHAN - PENAWARNYA


Hadis Rasulullah,

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali ada bersamanya ubat."

1) -Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.

-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebu

t.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.

- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

Dengan demikian fahamilah wahai diri,


> Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA Menyayangimu,
> Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
> Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
> Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
> Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...'
> Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak ak
an lupa.
> Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Dengan demikian fahamilah wahai diri,

Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhoi hal diri kita;
Biarlah tidak termasyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhoi hal kita;
Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhoaan Allah.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhoaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhoaan Allah,